<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5397530852404496451\x26blogName\x3dPeraduan+Blog\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-hanainsyirah.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-hanainsyirah.blogspot.com/\x26vt\x3d301864622021884707', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
.Wednesday, July 2, 2008.

Salah Satu permainan tradisional melayu ialah Congkak.
Permainan Congkak ialah mainan yang biasanya main di Borneo, Singapore dan Malaysia.
Orang-orang sekarang mempercayai yang mainan Congkak asing dalam Instana Melaka di mana mainan itu menjadi popular selepas itu meluaskan di South East Asia.....

Cara permainan ialah
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan selepas itu,Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan ,Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga minggal. Jika tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah...



Y
crowns
9:22 PM




.Sunday, June 29, 2008.

Pada pendapat saya, permainan- permainan tradisional menolong budak-budak zaman sekarang memahami adat dan budaya orang melayu pada zaman dahulu...
Salah satu daripada permainan tradisional ialah congkak, wau , capteh, sepak takraw dan lain - lain lagi.



Y
crowns
8:16 PM